Jumat, 19 Juli 2013

Waspada Bahaya pada Paru-paru basah

Paru-paru berair - Plueral effusion

 

Paru-paru dikelilingi oleh satu rongga kosong yang dikenali sebagai kaviti pleura (pleural cavity) yang memisahkan antara paru—paru dan dinding dada. Ia diselaputi oleh prietal pleura disebelah dinding dada dan viceral pleura yang meliputi paru-paru. Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan penguncupan ketika proses pernafasan. 

 

Paru-paru berair juga dikenali sebagai efusi pleura (plueral effusion) iaitu keadaan dimana rongga (kaviti pleura) dipenuhi oleh air. Jenis air tersebut adalah bedasarkan pada penyakit yaitu sama ada jenis exudate (air yang mempunyai kandungan protein tinggi) atau tansudate (berair). Jika  ia dipenuhi oleh darah dikenali sebagai Hemothorax dan jika dipenuhi oleh nanah dikenali sebagai Pyothorax. Terdapat juga jenis yang dikenali sebagai Pneumothorax yaitu kaviti pleural dipenuhi dengan udara dan juga Chylothorax iaitu pengumpulan cairan limpatik (lymphatic) yang putih didalam kaviti pleural berpusat pada cidera pada saluran limpatik dalam dada (thoracic duct) atau penyumbatan saluran akibat pertumbuhan.
 
Jenisnya antara lain
Exudate
  • Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml).
  • Airnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi.
  • Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah daripada penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
  • Warna air keruh (straw colour) menunjukkan pesakit batuk kering (TB).
  • Jika bernanah, ia disebabkan dari pernanahan paru-paru (lung abscess) atau jangkitan bakteria yang serius dalam kaviti pleura.

Transudate
  • Bewarna lebih jernih dan cair.
  • Kandungan protein yang kurang daripada 2 gram/ 100 ml.
  • Terjadi akibat kegagalan jantung sehingga air keluar dari paru-paru.
  • Dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirrosis (cirrhosis) hati mengakibatkan tekanan onkotik plasma darah yang rendah, seterusnya menyebabkan berlakunya pergerakan air keluar daripada pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.
 Sebab Paru-paru berair antara lain
  • Kegagalan jantung.
  • Ketumbuhan.
  • Pneumonia
  • Pulmonary embolus.
  • Akibat prosedur rawatan (pembedahan) tertentu.
  • Kecederaan pada dada.
  • Cirrhosis.
  • Kegagalan buah pinggang.
  • Systemic lupus erythematosus (lupus).
  • Pancreatitis.
  • Rheumatoid arthritis
  • Tuberculosis
  • Nephrotic syndrome (protein dalam air kencing dan tekanan darah tinggi).
  • Peritoneal dialysis.
  • Ubat-ubat tertentu seperti hydralazine, procainamide, isoniazid, phenytoin, chlorpromazine, methysergide, interleukin-2, nitrofurantoin, bromocriptine, dantrolene dan procarbazine.

Hemothorax

Pengumpulan darah dalam ruang antara dinding dada dan paru-paru (kaviti pleura). Ia boleh terjadi akibat darah beku, kematian tisu paru-paru (pulmonary infarction), kanker paru-paru atau pleural, tuberculosis, dan akibat prosedur rawatan tertentu seperti pembedahan jantung, penggunaan catheter dan sebagainya. Selain daripada itu, saluran darah yang pecah atau aneurysm aortic boleh menyebabkan kebocoran darah kedalam ruang pleural.
Gejala Hemothorax
  • Keresahan (anxiety).
  • Sakit dada.
  • Tekanan darah rendah.
  • Kulit pucat dan sejuk.
  • Denyutan jantung laju.
  • Pernafasan menjadi laju.
  • Keletihan.
  • Sesak nafas.

Diagnosis
  • X-ray dada.
  • Ct scan
  • Analisis cecair pleural
  • Thoracentesis.

Pyothorax

Pyothorax juga dikenali sebagai plural empyema atau purulent pleuritis. yaitu keadaan dimana berlaku pengumpulan nanah pada kaviti pleura. Penyakit ini biasanya disebabkan oleh bakteria dalam paru-paru (penumonia) dan selalu dikaitkan dengan parapneumonic effusions. Terdapat 3 peringkat yaitu peringkat exudative (pengumpulan nanah), peringkat fibrinopurulent (pembentukan poket nanah) dan organizing (pembentukan parut pada ruang pleura yang membawa kepada pemerangkapan paru-paru).
Gejala Pyothorax
  • Batuk-batuk.
  • Demam.
  • Sakit dada.
  • Sesak nafas.

Diagnosis
  • Ujian sel darah putih.
  • X-ray dada.
  • Ct Scan
  • Ultrasonography.

Pneumothorax

Apabila berlaku kebocoran pada viceral pleura, akan menyebabkan udara memenuhi kaviti pleura dan menghasilkan tekanan pada paru-paru. Ini akan menyebabkan proses pernafasan menjadi sulit apabila paru-paru tidak dapat mengembang seperti normal. bisa disebabkan seperti terkena tembakan pistol, tusukan pisau, patah tulang rusuk atau akibat prosedur perubatan tertentu. Orang yang tinggi serta kurus adalah cenderung untuk mendapat masalah ini. Selain daripada itu, individu yang mempunyai masalah paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD), asma, cystic fibrosis, batuk kering dan batuk berdahak mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini.
Gejala Pneumothorax
  • Sakit tajam pada dada dan lebih terasa sakit apabila menarik nafas dalam atau ketika batuk.
  • Sesak nafas.
  • Dada terasa sesak.
  • Mudah letih.
  • Jantung berdenyut cepat.
  • Kulit berwarna kebiruan akibat kekurangan oksigen.
  • Hidung Mampet.
  • Tekanan darah rendah (hipotension)

Diagnosis
  • X-ray dada
  • Arterial blood gases (ujian tahap oksigen, karbon diosida serta pH dalam darah).

Rawatan

Thoracentesis

  • Efusi pleural yang kecil tidak memerlukan rawatan namun penyakit perlu dirawat.
  • Efusi plueral yang besar serta menyebabkan sesak nafas dirawat dengan metode penyedotan pada cairan dalam kawasan terlibat menggunakan Thoracentesis.
  • Efusi yang terjadi pada Pneumonia akan diberi antibiotik, dan jika air yang terkumpul adalah nanah juga akan disedot. Namun jika air tersebut terkumpul dibalik paru (bagian berfiber) maka proses penyedotan akan menjadi sulit. Oleh itu kadang-kala sejenis obat yang dikenali sebagai thrombolytics (fibrinolytics) akan diterapkan daam kaviti pleural untuk membantu proses penyedotan. Ia dapat melakukan pembedahan. Jika tindakan tersebut tidak dapat dilakukan, maka pembedahan pembuangan mana-mana lebihan kulit berfiber yang tebal pada permukaan paru-paru akan dilakukan untuk membolehkan paru-paru mengembang dengan normal.
  • Efusi berpunca daripada Kanker yaitu pengumpulan air akibat kanker pada pluera adalah lebih sulit untuk dirawat kerana air akan terkumpul semula dengan semestinya. Penyedotan air pada paru-paru dan pemberian obat anti-tumor kadang-kala boleh dilakukan guna pencegahan  dari terkumpul nya air semula.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar